Mataku perlahan-lahan terbuka, aku sedang berada didalam sebuah van yang sedang bergerak diwaktu malam yang sedang hujan dan begitulah bermulanya mimpiku ini...
Ayah sedang memandu van, yang aku tidak tahu menuju kemana (x prnh2 ktrng nek van) setelah beberapa ketika dan aku mula berasa dingin alibat dari penyaman udara dan suasana hujan diluar van dan aku melihat van yang sedang kami naiki menuju ke sebuah banglo besar yang berada di kawasan hutan yang memiliki jalan tar yang sempit disebelah sebuah sekolah rendah yang tidak ku kenali. Kami pergi dalam keadaan yang tergesa-gesa seperti ada yang mengejar. Setelah melepasi pagar rumah tersebut aku keluar dari van dan meninjau kawasan disekeliling banglo besar tersebut. ianya dicat dengan warna putih disekeliling nye dan mempunya sebuah bilik kaca ditingkat dua(2) bahagian depan banglo tersebut. Ayah membuka pintu dan aku segera masuk kedalam...
Aku terpegun melihat rekaan dalaman banglo tersebut, ia nampak sungguh luas dan cantik. aku berlegar hampir beberapa minit di ruang tamu sahaja, keadaan itu sudah memadai untuk menggambarkan berapa luasnya rumah tersebut. Aku meneruskan langkah menapak ke dapur dan tandas dan wow! Tandas nya sungguh besar. Lengkap dengan peralatan mandi dan sebagainya. Sebaik sahaja aku melangkah ke luar dari bilik mandi dan tandas dirumah tersebut aku terjumpa seorang sahabat lama. Rozaimi itulah namanya, kami berkawan di sekolah rendah dahulu.
Selesai mandi di bilik air yang amat selesa aku pun terus masuk ke bilik Rozaimi. Nampaknya aku akan tidur disini mulai hari ini (fikirku). Sedang kami berdua melepak dibiliknya sambil bercerita tentang perkembangan masing-masing, tiba-tiba kami terdengar bunyi hon(HON!-HON!) kereta dihadapan banglo. Rupa-rupanya bunyi itu datang dari kereta ayah Rozaimi yang baru sahaja balik dari kerja dan membawa banyak makanan bersama. Kami pun makan di ruang tamu dengan berlapikkan permaidani yang cantik. Selesai makan ayah ku dan ayah Rozaimi pergi keluar untuk bersembang, manakala aku dan Rozaimi duduk di sofa yang berada di ruang tamu tersebut. Kami hanya berbual kosong seketika sebelum mengambil keputusan untuk tidur dibilik nya.

Keesokan paginya sebaik sahaja bangun dari tidur(dlm mimpi pon gua bleyh tido) aku segera meninjau kawasan persekitaran banglo tersebut, oleh kerana aku sampai disitu pada waktu malam jadi aku tidak dapat melihat keadaan sekeliling rumah tersebut ketika itu. Aku pun menggeliat dan bersenam-senam sedikit sambil menghirup udara segar. Sedang aku asyik melayan diri, aku terlihat muka seorang gadis cantik (klu da mimpi lelaki memang alamtnye sexy la awek nye). Peluang macam ini memang tidak datang selalu apatah lagi bergolek didepan matanjat tangga untuk bertemu a seperti sekarang (fikir ku) dengan adanya tangga didepan mata aku pon segera meletakkan tangga tersebut di hadapan tingkap tingkat dua(2) dimana gadis cantik itu sedang memanggil aku dengan gaya yang sungguh jinak sekali.
Baju dalam yang serba hitam menutupi badan nya yang aku telah perhatikan sebaik sahaja tiba betul-betul dihadapan jendela banglo tersebut yang begitu luas. Dia memberiku lirikan mata yang begitu manja dan aku pon terdorong dengan nafsu lelaki untuk menyentuh dan membelai nya namun, baru sahaja tanganku ingin mencapai tubuhnya tangga yang aku panjat bergoyang dan gadis tadi yang kusangka baik tadi terus menolak tangga ku kedepan dan aku jatuh ke atas selonggok rumput kering yang besar dengan tangan ku masih lagi memegang tangga. Gadis tadi mentertawakan aku dan aku berasa sungguh malu dan kecewa. Aku mengambil keputusan untuk masuk kedalam rumah untuk sarapan pagi. Di meja makan pula (yg ntah datang drpd mana aku pon tak tahu, tibe2 muncul je) aku hanya mendiamkan diri dan menahan sakit, langsung tidak terlintas difikiranku untuk bertanyakan kepada Rozaimi tentang gadis yang kutemui pagi itu.
Selepas sarapan aku pun pergi berlegar-legar disekitar kawasan luar banglo tersebut. Sedang aku berjalan tiba-tiba aku terdengar suara tangisan dari atas kanan, aku menoleh ke arah suara tersebut dan terlihat balkoni yang terdapat di tingkat dua(2). Aku segera menaiki balkoni tersebut untuk mencari punca tangisan tersebut, kemudian aku terliahat sekujur tubuh yang berada di sudut penjuru ruang balkoni itu. Aku mendekati tubuh tersebut dan alangkah terkejutnya aku melihat yang menangis itu adalah Atika. (Atika ialah akak kpd Rozaimi yang sebaya dngn ku dimana dia & R lahir pd tahun yg sama & bulan yg berbeza) Aku menghampiri Atika untuk menenangkannya, namun sebaik sahaja aku berhampiran Atika segera menoleh ke arahku. Aku memberanikan diri untuk menyentuh Atika dan dia nampaknya seperti tidak melawan tindakan ku, malah dia ibarat terlebih jinak pula dengan ku. Akhirnya tanpa disedari Atika sudahpun berada didalam dakapan ku dan berhenti menangis. Aku sempat memerhatikan pakaian Atika yang serba putih berseri.
Tanpa ku sedari keadaan ku dan Atika yang seperti sedang bermadu kasih (mmang mcm da lebih kekasih dah prlakuan kitorang kt dlm mimpi tuu) itu sedang deparhatikan oleh dua pasang mata merah dari dalam pintu di balkoni tersebut. Aku baru sahaja nak masuk ke fasa seterusnya dengan Atika bila aku tersedar terdapat dua(2) bayangan manusia dari dalam rumah dan apa yang membuatkan aku lebih kaget adalah bayangan tersebut melepasi pintu balkoni itu dan keluar menjadi naga berkepala dua(2). Apa lagi, takkan aku nak tunggu wisel permulaan. Cepat-cepat aku membuka langkah seribu(a 1000 steps) dan cabut lari dari situ, aku melompat dari tingkat dua ke bawah dan berguling kehadapan sebelum meneruskan larian.
Dengan seekor naga berkepala dua(2) yang cuba merapati ku dari belakang, aku ibarat seorang yang mahir menggunakan teknik Parkour dan berlatih Kung Fu badan ringan (taekwondo tidak dilupakan) dan berjaya untuk mendahului dengan jarak yang selamat didalam adegan larian tersebut. Tumpuan aku cuma satu, untuk masuk ke bilik kaca yang terdapat dabahagian hadapan banglo tersebut. Sebaik sahaja aku meloloskan diri pada pintu bilik kaca tersebut aku tersungkur dan terseret beberapa kaki dari pintu itu. Mimpiku menyebelahiku kali ini dimana naga tersebut tidak muat untuk melalui pintu tersebut. Naga itu kemudiannya beredar begitu sahaja.
Setelah aku merasakan diriku sudah betul-betul selamat, aku mula berdiri dan menarik nafas lega. Aku terlihat ayah Rozaimi dan Atika. Aku segera menanya untuk mendapatkan kepastian tentang Naga berkepala dua(2) tadi. Dia menyatakan "biasa lah tuu" dan menerangkan bahawa Naga tadi adalah kedua-dua orang mak cik Rozaimi dan Atika, mereka adalah pengamal ilmu hitam dan Atika menangis kerana latihan yang mereka suruh praktikkan adalah terlalu berat dan kejam.
Sebaik sahaja mendapat penjelasan dari ayah Atika dan Rozaimi aku seolah-olah melihat kelibat ayahku dan secara beransur-ansur aku terus meninggalkan mimpi tersebut...
Dengan seekor naga berkepala dua(2) yang cuba merapati ku dari belakang, aku ibarat seorang yang mahir menggunakan teknik Parkour dan berlatih Kung Fu badan ringan (taekwondo tidak dilupakan) dan berjaya untuk mendahului dengan jarak yang selamat didalam adegan larian tersebut. Tumpuan aku cuma satu, untuk masuk ke bilik kaca yang terdapat dabahagian hadapan banglo tersebut. Sebaik sahaja aku meloloskan diri pada pintu bilik kaca tersebut aku tersungkur dan terseret beberapa kaki dari pintu itu. Mimpiku menyebelahiku kali ini dimana naga tersebut tidak muat untuk melalui pintu tersebut. Naga itu kemudiannya beredar begitu sahaja.
Sebaik sahaja mendapat penjelasan dari ayah Atika dan Rozaimi aku seolah-olah melihat kelibat ayahku dan secara beransur-ansur aku terus meninggalkan mimpi tersebut...

No comments:
Post a Comment