Tuesday, February 14, 2012

01.02.2012

Sebuah lagi mimpi menyinggahi lubuk pemikiran ku pada pagi ini. Sebuah mimpi yang tidak aku banggakan. 

Mimpiku berada di masa hadapan dimana sebuah menara seperti menara klcc. Terdapat seorang yang amat kaya dimana dia merupakan sahabatku. Dia adalah seorang yang amat Berjaya dan berpengaruh. Aku ingin meminta bantuan nye tetapi dia angkuh dan mengherdik ku. Bukan setakat itu sahaja, dia mengguna kan taktik kotor untuk mendapat kan seorang perempuan yang aku ingini. Meskipun perempuan itu tidak mengetahui perasaan ku ini, namun aku amat terkesan dengan tindakan sahabat ku itu.

Aku berusaha sedaya upaya untuk bangkit dari punggok kemiskinan dan berusaha untuk Berjaya didalam kehidupan. Ianya tidak terlalu lama bagi ku untuk menempa nama di persada dunia. Dalam jangka waktu yang tidak terlalu lama aku telah Berjaya memperoleh kekayaan yang tiada tolok bandingnya. Namun kekayaan ku itu telah ku peroleh di negeri orang dan tidak diketahui oleh orang2 tanah air ku. Aku mula mengorak langkah untuk membalas dendam. Sahabat ku tadi telah bertunang dengan perempuan idaman ku. Dia telah menjerat keluarga gadis tersebut hingga mereka menikahkan anak gadis mereka dengan rela hati dan tanpa syak wasangka.

Aku mula menjalankan perangcangan ku untuk menyedarkan rakan ku yang telah menjadi seorang yang taksub dengan kuasa nya. Satu persatu syarikat nya di Malaysia telah Berjaya ku dapatkan dengan persaingan yang adil. Namun aku langsung tidak member peluang kepadanya, membuatkan dia sedar yang kejatuhan nye bukanlah disebabkan oleh perkara2 yang normal terjadi pada semua orang kaya lain tetapi telah dirancang oleh seseorang yang ibarat cuba untuk menjatuhkannya. Dangan kekayaanku yang berlipat kali ganda. Iaitu memiliki harta di Indonesia, brunei, kemboja, laos, Bangkok, jawa, dan beberapa Negara kuasa besar didunia. Dengan harta ku yang sebegitu jumlahnya aku ibarat bermain2 dengan perniagaan rakan ku di Malaysia. Bukan itu sahaja aku juga telah membantu rakan kongsinya untuk melepaskan dirir dari cengkamannya yang berunsurkan teknik kotor.

Sehinggalah suatu tahap dia meminta untuk berjumpa dengan ku… dan dia pon terkejut melihat ku… aku mendapat gadis idaman…. Aku pon XXX

tamat

No comments:

Post a Comment